Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut, di darat mahupun di udara. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1) Pencemaran air
2) Pencemaran udara
3) Pencemaran tanah
Pencemaran air merupakan suatu perubahan yang berlaku di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai laut, dan air tanah kesan daripada aktiviti manusia. Pencemaran air boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor dan mempunyai karakteristik yang berbeza-beza. Walaupun begitu, fenomena alam seperti gunung berapi, ribut, gempa bumi tidak dianggap sebagai pencemaran walaupun menyumbang perubahan yang besar kepada kualiti air.
Aktiviti pengindustrian yang meluas tika ini banyak memberi kesan buruk kepada ekosistem dengan membuang bahan-bahan tercemar seperti logam berat, toksin organic, petrol, nutrient dan sebagainya. Sampah organic ini menyebabkan keperluan oksigen semakin rendah dan membahayakan seluruh ekosistem. Ia juga mengarah kepada pembentukan eutrofikasi dengan meningkatnya kandungan nutrien. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan air yang bersaiz mikro seperti alga membiak dengat cepat kesan daripada bekalan fosfat yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan warna air menjadi kehijauan, berbau busuk dan keruh. Akibatnya, kualiti air menurun dan kepekatan oksigen terlarut juga rendah. Ini menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan species lain tidak dapat tumbuh dengan baik, akhirnya mati. Selain daripada itu, cyanobakteria juga memberi masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan kerana mengandungi toksin
Pencemaran udara pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti pengankutan, pengindustrian dan pembakaran mahupun alam semulajadi seperti gunung berapi dan sebagainya. Pencemaran udara boleh didefinisikan seperti pencemaran suara, radiasi, atau cahaya. Pencemaran ini berlaku dengan hadirnya satu atau lebih bahan-bahan fizik, kimia atau biologi di atmosfera dengan jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan
Pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada primer dan sekunder. Primer merupakan bahan pencemaran yang secara langsung daripada sumber pencemaran udara. Contohnya karbon monoksida yang merupakan hasil dari pembakaran. Manakala sekunder adalah bahan pencemaran yang terbentuk daripada tindakbalas pencemaran primer di atmosfera. Contohnya seperti pembentukan ozon. Kesan daripada pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah seperti asma, bronkitis, dan gangguan pernafasan lain. Selain daripada itu, hujan asid, efek rumah hijau dan kerosakan pada lapisan ozon akan berlaku sekiranya pencemaran udara berterusan berlaku tanpa pencegahan.
Kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia bergantung pada jenis pencemaran, kromium dan herbasid sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana menyebabkan kerosakan otak serta ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan secara berterusan terhadap benzene pada kepekatan tertentu boleh menyebakan penyakit leukemia. Selain itu terdapat beberapa simptom seperti sakit kepala, letih, iritasi mata dan ruam kulit jikalau terdedah dengan merkuri, siklodiena, organofosfat dan karmabat. Jikalau pada dos yang besar ia bleh menyebabkan kematian. Pencemaran tanah juga memberi kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia pada struktur tanah yang radikal walaupun bahan kimia hadir dengan dos yang rendah, ia tetap merbahaya. Perubahan ini menyebabkan metabolism mikroorganisma endemik dan antropoda turut berubah. Akibatnya dapat memusnahkan pelbagai spesis primer dari rantai makanan sekaligus memberi kesan pada ekosistem
Untuk menangani masalah tersebut, terdapat 2 cara, remediasi iaitu kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Manakala, bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air
Untuk menangani masalah tersebut, terdapat 2 cara, remediasi iaitu kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Manakala, bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air
Oleh itu, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, kita harus menjaga alam sekitar dengan baik sepertimana kita menjaga barang-barang yang kita sayang agar semua warga bumi berada dalam keadaan selamat dan selesa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment